Tuesday, June 12, 2012

HACKS:)


salam...
haishhh,kan betul..mood nak menaip blog ni hanya tiba bila aku study utk final or test je kn..tengok r ni,ngah study pun sempat lagi kan mengupdates blog ni hahahaha...sebenarnya kan,aku tulis entri ni pun sebab nak share 1 filem ni..actually,aku pun xtengok lagi,tapi aku suka dia punya sinopsis..so,ce cekedau...


*copy paste dr MIG blog:)

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S)

Sinopsis Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.


serius,aku tw pelakon ni...tp aku xtw lak nama pe hahahaha...biasa lah kan,aku lebih minat bola dari retiss2 ni uollss:P...sebab pe aku suka filem ni??even baru tgk thriller je sebenarnya kan hahahaha..sebab jalan cerita dia macam kisah aku...aku suka ayat last dalam sinopsis filem ni "Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni"..
haiyooo,hahahaha...sama kan..aku pun xterus terang sebab takut hilang kawan kan..hahahaha,baget la ko ni cik jahh oiii....
lagi 1,OST dalam filem ni cam aku suka je dengar..lirik die,emmm first time dgr lagu ni melelehh jugak la kot hahahaha....

http://www.youtube.com/watch?v=gxy2_ZYJFgY&feature=related



yang heran nya,sape penyanyi yg nyanyi lagu ni aku pun xtw..rasanya pelakon tu kot...alahh,aku suka lagu ni pun sebab lirik dia best kot hehehehe^_^v




-lirik OST HACKS-


kau hadir tanpa ku sedari..mengisi kekosongan hati
kini kau pergi tinggalkan ku,lemas ku dlm sepi
hujan yg turun ke bumi,membawa rindu yg memburu
kau biarkn ku ohh sendiri,malam ku tanpa mimpi
mengapa tangan kau lepaskn,setelah hatiku kau tawan
mengapa takdir memisahkan,hanya ku cinta kau seorang
mengapa tangan kau lepaskn,setelah hatiku kau tawan
angin malam bawalah cintaku,menghapus rasa rindu

No comments:

Post a Comment